Wednesday 22 February 2012

Logo dan Lagu Sekolah

LOGO/ LAMBANG SEKOLAH




A. Maksud Lambang
     I. Pokok di sebelah atas kiri ialah pokok pinang, menunjukkan nama tempat, iaitu Pulau Pinang.
    II. Gelombang di sebelah bawah kiri memaksudkan tempat itu adalah sebuah pulau, iaitu Pulau 
       Pinang.
   III. Bintang-bintang dan sinaran di sebelah atas kanan mewakilkan sinaran dan cahaya 
         pengetahuan serta mengakui nama sekolah, iaitu Sekolah Francis Light.
 
   IV. Sesiku dan jangkatolak di bawah kanan mewakilkan ilmu pengetahuan.
   V. Perkataaan LUCEO di bawah sekali adalah perkataan Bahasa Latin, bermaksud sinar iaitu 
       menunjukkan nama Sekolah, Francis Light, di samping “cahaya” pengetahuan.
 
B. Siapa Membentukkannya   

 Lencana sekolah dicipta oleh seorang Pegawai Perkhidmatan Awam bernamaEncik Christie,    pada tahun    
1932/33.

C. Tahun dikeluarkan dan siapa Guru Besarnya    
            
                Pada masa itu, sekolah di bawah jagaan Guru Besar Encik E.T.M Lias.
D. Warna
 
  • Pada mulanya, warna-warna lencana adalah biru dan putih. Kemudian ditukar kepada ungu (purple) dan hitam. Lepas itu ditukar pula kepada emas dan hitam. Apabila Sekolah Francis Light dibahagikan kepada dua buah sekolah, iaitu Sekolah Francis Light (satu) dan Sekolah Francis Light (dua), mulai dari 1hb January 1970. Sekolah Kebangsaan francis Light(satu) terus menggunakan lencana berwarna biru dan putih. Apabila Sekolah Rendah Kebangsaan Francis Light (satu) dan (dua) dicantum semula, warna-warna lencana yang digunakan ialah warna emas dan dan hitam.
E. Cogankata Sekolah
(LUCEO-SINAR) 

     Ia adalah perkataan bahasa Latin yang bermaksud sinar/cahaya. Sesuai dengan nama, “Francis Light” yang mana       sekolah ini terus memainkan peranan menyinari atau memancarkan ilmu pengetahuan kepada semua penuntut tidak kira agama, bangsa atau taraf kedudukan.
 

LAGU SEKOLAH 

sekolahku yang mulia
... sekolah yang ku cinta
francis light ialah namanya
diingati dengan bangga
sekolahku kesayangan ku
tempatku menuntut ilmu
setiap detik bergerak maju
akan ku kenang selalu.
 

1 comment: