Friday 16 March 2012

Lawatan TAZAIC ke SKFL

Pada 15 Mac 2012 yang lepas, iaitu pada hari Khamis satu kumpulan peserta kursus yang ditaja oleh Yayasan Tun Azizan Zainul Abidin yang terdiri dalam kalangan Professional Muda dan pelajar-pelajar cemerlang MRSM seluruh Malaysia yang menggelarkan diri mereka TAZAIC ( Tun Azizan Zainul Abidin Integrity Circles) telah sudi melawat SKFL dan membuat kerja amal ( gotong royong) di sini. Peserta kursus ini telah datang kira-kira 8.30 pagi sehingga pukul 1.00 petang. Pelbagai aktiviti dijalankan, termasuk sessi ucapan Guru Besar SKFL, Tn.Hj.Abdul Rahim Ahmad, wakil TAZAIC, persembahan multimedia tentang sekolah dan Galeri SKFL oleh En.RosFaizal Zukefli dan aktviti gotong royong di GALERI SKFL...


Antara galeri foto sepanjang aktiviti gotong royong dijalankan....

Proses mengangkut barang-barang keluar...


Gotong royong dalam Galeri




Gotong royong- dari luar Galeri

Membersihkan piala-piala lama....

Memperkemaskan kembali dokumen-dokumen lama...

Banyak lagi aktiviti yang dijalankan...lain- lain foto akan dimasukkan dalam Galeri Foto pada masa akan datang...Terima kasih diucapkan kepada pihak TAZAIC...atas sumbangan dalam bentuk tenaga kerja, material dan wang ringgit....moga sumbangan ini mampu memperkasakan lagi GALERI SKFL....

Thursday 15 March 2012

Bolasepak 7 Sebelah Piala Perpaduan 2012

Pada 3 Mac 2012 , pasukan bolasepak SKFL telah menempah sejarah apabila layak masuk ke perlawanan  akhir pertandingan Bolasepak 7 Sebelah sempena Piala Perpaduan  di USM, P.Pinang.
Perlawanan tersebut telah dijalankan pada pukul 8.30 malam di Stadium Olahraga , Universiti Sains Malaysia , P.Pinang.
Pada perlawanan akhir tersebut pasukan SKFL menentang SK Tok Bedu yang juga layak setelah menewaskan kira-kira 68 pasukan yang masuk bertanding.
Pada perlawanan akhir ini , TYT P.Pinang telah turut menyaksikan  dan sudi untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang. Johan akan menerima Piala Pusingan beserta wang tunai RM1000 manakala Naib Johan menerima wang tunai RM600.

Pada perlawanan akhir tersebut ,cuaca hujan dan terpaksa bermain di padang mengikut standard Liga Malaysia...pasukan sekolah terpaksa menyesuaikan diri pada masa yang singkat... 

Setelah memberi saingan yang sengit...namun pada saat akhir..kita telah bolos 1 biji gol ..dan sehingga wisel penamat dibunyikan pasukan SKFL  gagal mencari gol penyamaan...kita tewas denan SK Tok Bedu dengan jaringan 0-1...
Antara foto-foto pada malam perlawanan...

Perlawanan dimulakan....

Antara guru-guru yang memberi sokongan..

taktikal...
Walaupun tewas kali ini...kita tetap berbangga sebagai Naib Johan...lain kali kita cuba lagi..

Tuesday 13 March 2012

Galeri Foto 2..Oldies...

Foto taken 1939.....
sila cari yang mana satu Allayarham Tan Sri Dr.P.Ramlee


FLS   1947


FLS Staff 1948


FLS 1948 - front view

FLS 1950