Monday 20 February 2012

Bolasepak Piala Perpaduan 7 Sebelah U12 di USM

Pada 18.2.2012 ,Sabtu dan  19.2.2012 , Ahad; Pasukan Bolasepak SKFL telah menghantar satu pasukan untuk menyertai pertandingan bolasepak 7 Sebelah peringkat 12 tahun ke bawah di Padang Universiti Sains Malaysia , P.Pinang. Sebanyak 67 pasukan daripada pelbagai sekolah seluruh P.Pinang menyertai pertandingan tersebut. Hadiah yang ditawarkan agak berbalaoi iaitu:
  Johan :  RM 1000
N.Johan : RM 600
Ketiga   : RM 400
Keempat : RM200
Ke-5 - ke-8 : RM 100

Pasukan SKFL telah meyertai pertandingan ini untuk kali kedua selepas tahun lepas iaitu pada tahun 2011 kita hanya berjaya layak hingga ke suku akhir sahaja dan sekaligus menjadi 8 pasukan terbaik.Namun , pada tahun ini, pasukan SKFL telah bermain dengan bersungguh-sungguh  dan memenangi satu perlawanan demi satu perlawanan dan berjaya mara hingga ke perlawanan AKHIR yang akan dijalankan pada 3.3.2012 (Sabtu) pada sebelah malam di Padang Stadium USM, P.Pinang,

Pasukan bolasepak 7 Sebelah SKFL bersama Guru/Jurulatih....
Berikut antara Result sepanjang perlawanan tersebut:

 Pusingan 1:   SKFL ( 2 )  vs   SK Seri Bayu  ( 0 )
Pusingan  2 : SKFL  ( 4 )  vs   SK Sg,Pinang B  ( 0 )
Pusingan 3 :  SKFL  ( 1 )  vs   SK Permatang Pasir  ( 0 )
 Suku Akhir  : SKFL  ( 0 )   vs  SK Sg.Ara ( 0 )  : mng Penalti  3 -2
Separuh Akhir :  SKFL  ( 0 )  vs  SK Sg. Dua ( 0 ) : mng Penalti 4-3

Perlawanan Akhir  :   SKFL    vs   SK Tok Bedu    pada 3.3.3012  

Foto in Action....
    Penyerang No.10....Mohd Afnan Anwar dengan aksinya yang tersendiri....

    Cikgu merangkap Coach.....
Sedang memanaskan badan,,di depan Astaka Padang A...USM, Penang


Pemain-pemain SKFL sedang beraksi di padang....


Dengan ini , admin bagi pihak SKFL menjemput para penyokong untuk memberi sokongan pada perlawanan akhir  yang akan dijalankan pada sebelah malam di Stadium USM pada 3.3.2012 hari Sabtu...
Semoga tahun ini ini SKFL akan membawa pulang Trofi Piala Perpaduan....

Admin

No comments:

Post a Comment