Thursday 15 March 2012

Bolasepak 7 Sebelah Piala Perpaduan 2012

Pada 3 Mac 2012 , pasukan bolasepak SKFL telah menempah sejarah apabila layak masuk ke perlawanan  akhir pertandingan Bolasepak 7 Sebelah sempena Piala Perpaduan  di USM, P.Pinang.
Perlawanan tersebut telah dijalankan pada pukul 8.30 malam di Stadium Olahraga , Universiti Sains Malaysia , P.Pinang.
Pada perlawanan akhir tersebut pasukan SKFL menentang SK Tok Bedu yang juga layak setelah menewaskan kira-kira 68 pasukan yang masuk bertanding.
Pada perlawanan akhir ini , TYT P.Pinang telah turut menyaksikan  dan sudi untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang. Johan akan menerima Piala Pusingan beserta wang tunai RM1000 manakala Naib Johan menerima wang tunai RM600.

Pada perlawanan akhir tersebut ,cuaca hujan dan terpaksa bermain di padang mengikut standard Liga Malaysia...pasukan sekolah terpaksa menyesuaikan diri pada masa yang singkat... 

Setelah memberi saingan yang sengit...namun pada saat akhir..kita telah bolos 1 biji gol ..dan sehingga wisel penamat dibunyikan pasukan SKFL  gagal mencari gol penyamaan...kita tewas denan SK Tok Bedu dengan jaringan 0-1...
Antara foto-foto pada malam perlawanan...

Perlawanan dimulakan....

Antara guru-guru yang memberi sokongan..

taktikal...
Walaupun tewas kali ini...kita tetap berbangga sebagai Naib Johan...lain kali kita cuba lagi..

No comments:

Post a Comment