Monday, 27 February 2012

Pemimpin Sekolah Bahagian 2 ( 1970 - 1990 )

Mulai tahun 1970...SRKFL telah dibahagiakan kepada 2....

Guru Besar SRK Francis Light  1

1970- 1974     :   En. Ow Thean Oon
 1974 - 1981  :  Pn.Mary Cardosa

1981- 1984     :   En.Goh Hock Lye
1984  - 1988  :  En.Lim Sean Hock

1988  -  1989  : En.Tan Ban Chuan


Guru Besar  SRK Francis Light 2


1970  - 1977   :  En.Lee Keat Chye

1977   -  1982  :   Pn.Yap Yeoh Joo Saik


1982  -  1989  :   En. Toh Boon  Hoe


1989  -  1990  :  En.Yusoff Azmi  B. Z. Merican


 
 Bermula tahun  1990...Sessi persekolah mula kepada satu Sekolah sahaja iaitu SRK Francis Light dan kini SK Francis Light...

Guru Besar  :

1990    -     En.Yusuff Azmi B, Z. Merican
 1990 -          :  En. Mohamed B. Yahaya ( Memangku )   ...tiada foto
 1990 -          :  En. Haniffa  Bin. Hamid    ....tiada foto
 1.2.1993      :  En.Abd.Rahim Bin Ahmad    
 1.6.1993     :   En.Omar B. Abd Rashid      ....tiada foto
 16.2.1998   :   Tn.Hj.Ramli B. Hj. Awang
29.9.1998    :   En. Koh Kim Eow  
16.12.2001 :    En.Lim Seng Huat  ( memangku )
16.8.2002   :    En.Chuah Eng Keat


2009  hingga sekarang...
  Tn Hj Abd.Rahim  Bin Ahmad





Pemimpin Sekolah Bahagian 1 ( 1930 - 1969 )

Gambar-gambar bekas Guru Besar SRKFL/SKFL yang ada dalam simpanan Galeri SKFL...

Head Masters..

1930   -  E.T.M Lias  ( tiada foto ..)
1930   -  H.R. Carey  ( tiada foto ..)
1931   -  E.T.M Lias
1934   -  En.Hamid Khan
1935   -  E.S. Redfearn
1937  -  T.P.M. Lewis
1938   -  S.M . Zainul Abidin
1948    - Ng  Cheong Weng
1951    -  Ooi Khay Bian
1957    -  Cheong Hong Oon
1961   -   Lee Eng  Hong
1969    -  Ow Thean Oon
 Seterusnya mulai  Tahun 1970 ...SRK Francis Light telah dipecahkan kepada 2 Sessi iaitu SRK FL (1) dan SRK FL (2)......senarai Guru Besar dalam post lain...bersambung...

Saturday, 25 February 2012

Senarai Nama Guru Besar yang pernah berkhidmat di SRKFL

Berikut adalah senarai nama yang terdapat dalam senarai atas Papan di dalam GALERI SKFL...



Guru Besar yang berkhidmat sekarang ialah Tn.Hj.Abd. Rahim Bin Ahmad, yang mula berkhidmat mulai 2009 hingga kini.....
Admin sedang mengemas kini gambar-gambar pemimpin sekolah ini..dan akan dimasukkan dalam blog kemudian...

Thursday, 23 February 2012

Sambutan Jubli Emas

Pada tahun 1980..SRK Francis Light telah meraikan Sambutan Jubli Emas..1930 - 1980
Untuk tidak menghampakan sesetengah pihak ..sebagai kenangan lambang sekolah yang dahulunya ada 2 warna " Kuning' dan 'Biru'...Bila lagi SKFL nak sambung buat Sambutan???? harap ada respong dari bekas-bekas pelajar!

Wednesday, 22 February 2012

Galeri Foto 1

Galeri Foto 1

Dalam Galeri SKFL   ...Sejarah Sekolah

Foto-foto bekas Guru Besar...

Perisai dan Trofi Kemenangan
Ruangan bahan seni...
Foto-foto lama......
Pameran Foto aktiviti murid dan sekolah.....

Allahyarham Tan Sri Dr. P.Ramlee - bekas pelajar Francis Light School

Satu catatan Sejarah...Seniman Agong Allahyarham Tan Sri Dr.P.Ramlee

Tan Sri Dr. P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.

Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929 di pagi Aidil Fitri. Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Aceh, telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light . Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.

Bermula dengan bermain ukele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.

Pameran Foto di Galeri SKFL...

  Potrait P.Ramlee
Pencil and Charcoal on Paper, Year 2010  by Che'Ross


lain-lain foto


Logo dan Lagu Sekolah

LOGO/ LAMBANG SEKOLAH




A. Maksud Lambang
     I. Pokok di sebelah atas kiri ialah pokok pinang, menunjukkan nama tempat, iaitu Pulau Pinang.
    II. Gelombang di sebelah bawah kiri memaksudkan tempat itu adalah sebuah pulau, iaitu Pulau 
       Pinang.
   III. Bintang-bintang dan sinaran di sebelah atas kanan mewakilkan sinaran dan cahaya 
         pengetahuan serta mengakui nama sekolah, iaitu Sekolah Francis Light.
 
   IV. Sesiku dan jangkatolak di bawah kanan mewakilkan ilmu pengetahuan.
   V. Perkataaan LUCEO di bawah sekali adalah perkataan Bahasa Latin, bermaksud sinar iaitu 
       menunjukkan nama Sekolah, Francis Light, di samping “cahaya” pengetahuan.
 
B. Siapa Membentukkannya   

 Lencana sekolah dicipta oleh seorang Pegawai Perkhidmatan Awam bernamaEncik Christie,    pada tahun    
1932/33.

C. Tahun dikeluarkan dan siapa Guru Besarnya    
            
                Pada masa itu, sekolah di bawah jagaan Guru Besar Encik E.T.M Lias.
D. Warna
 
  • Pada mulanya, warna-warna lencana adalah biru dan putih. Kemudian ditukar kepada ungu (purple) dan hitam. Lepas itu ditukar pula kepada emas dan hitam. Apabila Sekolah Francis Light dibahagikan kepada dua buah sekolah, iaitu Sekolah Francis Light (satu) dan Sekolah Francis Light (dua), mulai dari 1hb January 1970. Sekolah Kebangsaan francis Light(satu) terus menggunakan lencana berwarna biru dan putih. Apabila Sekolah Rendah Kebangsaan Francis Light (satu) dan (dua) dicantum semula, warna-warna lencana yang digunakan ialah warna emas dan dan hitam.
E. Cogankata Sekolah
(LUCEO-SINAR) 

     Ia adalah perkataan bahasa Latin yang bermaksud sinar/cahaya. Sesuai dengan nama, “Francis Light” yang mana       sekolah ini terus memainkan peranan menyinari atau memancarkan ilmu pengetahuan kepada semua penuntut tidak kira agama, bangsa atau taraf kedudukan.
 

LAGU SEKOLAH 

sekolahku yang mulia
... sekolah yang ku cinta
francis light ialah namanya
diingati dengan bangga
sekolahku kesayangan ku
tempatku menuntut ilmu
setiap detik bergerak maju
akan ku kenang selalu.